Arsenal cukup sempurna juarai EPL

Iklan
Arsenal berada di landasan tepat untuk muncul juara EPL. - Foto AFP

BEKAS pemain Arsenal, Bacary Sagna menyifatkan The Gunners mempunyai segala yang diperlukan untuk menjadi Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Arsenal memulakan musim ini dengan baik dan konsisten dengan 15 kemenangan, dua seri dan satu kekalahan daripada 18 perlawanan liga.

Iklan
Iklan

Prestasi kurang memberangsangkan pesaing terdekat mereka, Manchester City memberikan mereka keselesaan di puncak liga dan berpeluang mengakhiri penantian juara EPL yang kali terakhir dimenangi mereka pada musim 2003-04.

Bagi Sagna, Arsenal merupakan pilihan utama juara dengan salah satu faktor kekuatan pasukan itu adalah kekebalan benteng pertahanan yang hanya bolos 14 gol setakat ini.

Iklan

"Apa yang paling penting adalah cara mereka bermain. Mentaliti Arsenal ketika memulakan perlawanan, corak konsisten dan keyakinan yang telah ditunjukkan.

"Mereka tak memberikan banyak peluang buat lawan dan ketika lawan mendapatkan peluang, Arsenal mempunyai penjaga gol yang mampu menghentikan lawan," katanya.

Iklan

Arsenal akan berhadapan Manchester United dalam aksi EPL seterusnya di Stadium Emirates pada Isnin.