16 lelaki diberkas terlibat judi
Iklan
Antara individu diberkas selepas disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian di sebuah bangunan di Bercham pada Selasa.
IPOH - Seramai 16 lelaki diberkas selepas disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian di sebuah bangunan di Bercham dekat sini pada Selasa.
Kesemua mereka berusia lingkungan 22 hingga 44 tahun itu ditahan dalam Op Dadu dijalankan Bahagian Perjudian dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Perak sekitar jam 10.30 malam.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, turut dirampas wang tunai RM8,000 dan barang-barang yang digunakan untuk aktiviti perjudian.
"Kesemua suspek telah direman sehingga 20 Januari ini bagi siasatan kes bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (pindaan 2001)," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Iklan
Beliau berkata, siasatan mendapati kegiatan perjudian itu baru sahaja beroperasi.
Katanya, mereka menggunakan kawasan dalam bangunan itu bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Iklan
"Berdasarkan maklumat dan risikan, kegiatan ini berjaya dibongkar.
"Orang ramai dinasihatkan tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang bagi mengelak dikenakan tindakan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>