Pengguna berang myBSN alami gangguan

Iklan
Notis dikeluarkan BSN pada Selasa mengenai gangguan sementara terhadap perkhidmatan myBSN.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Orang ramai merungut selepas perkhidmatan perbankan dalam talian Bank Simpanan Nasional (BSN), myBSN mengalami gangguan transaksi sejak petang Selasa.

Dalam satu notis dikongsikan di Facebook rasmi BSN kira-kira jam 3 petang tadi, bank tersebut memaklumkan berlakunya gangguan sementara terhadap perkhidmatan perbankan dalam talian tersebut dan menyatakan usaha baik pulih sedang dijalankan.

Iklan
Iklan

Tinjauan di ruangan komen hantaran tersebut mendapati seorang pengguna di Facebook yang menggunakan nama Raja Kapur mendakwa gangguan tersebut bermula jam 7 pagi tadi.

"Tak dapat log masuk. Banyak urusan tergendala,” katanya.

Iklan

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook dengan nama Zahra Qalesya turut mempersoalkan tempoh masa yang diperlukan untuk menangani isu gangguan tersebut.

"Berapa lama lagi nak tunggu, nak buat transaksi dalam talian pun susah. Dari siang tadi lagi. Waktu-waktu dah gaji ni barulah dia nak bermasalah,” ujarnya.

Iklan

Setakat jam 11.30 malam tadi, lebih 3,400 pengguna memberikan komen di hantaran notis tersebut dengan rata-ratanya melahirkan rasa tidak puas hati terhadap gangguan yang berlaku itu.

Pada masa sama, BSN menerusi hantaran tersebut memaklumkan perkhidmatan ATM, CDM dan myDebit bank itu masih beroperasi seperti biasa.