Amanah Kedah hantar memorandum kepada mufti
Iklan
ALOR SETAR - Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, menyerahkan satu memorandum kepada Mufti Kedah, Datuk Fadzil Awang pada Isnin bagi memohon tindakan Jabatan Mufti Negeri berkaitan resolusi yang dikeluarkan Muzakarah Ulama Kedah sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November lalu.
Ahli Jawatankuasa Amanah Negeri Kedah, Ridzwan Abu Bakar berkata, pejabat mufti negeri Kedah diminta mengeluarkan suatu panduan hukum berkaitan salah satu dari resolusi muzakarah yang menyebut"Muzakarah Ulama pada hari ini sebulat suara bersetuju bahawa gabungan parti politik yang mesti dipilih oleh pengundi pada PRU15 ini adalah Perikatan Nasional".