RM10 bilion dapat diselamatkan jika amalan rasuah dihentikan

Iklan
Anwar

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Malaysia mampu menyelamatkan sehingga RM10 bilion kebocoran dalam sistem perolehan kerajaan sekiranya amalan rasuah dapat dihentikan di semua peringkat.

Tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, langkah tersebut termasuklah pengubahsuaian pendekatan cara lama dengan melakukan rundingan tanpa penglibatan politik atau kepentingan pihak-pihak tertentu.

Iklan
Iklan

"Belum pun dua bulan di Kementerian Kewangan (MOF), saya telah kenal pasti RM3 hingga RM4 bilion boleh diselamatkan, bocor ke parti dan tokoh tertentu.

Menurutnya, jenayah rasuah merupakan amalan sistemik yang mana pihak berada di atas mengaut ratusan juta ringgit sementara pihak di bawah pula mendapat puluhan ribu ringgit.

Iklan

"Jadi macam mana nak tangani dengan cara besar?

"Saya telah bincang dengan Kementerian Pertahanan untuk tentukan kaedah pembelian senjata dengan lebih profesional dengan membiarkan mereka berunding tanpa kepentingan peniaga," katanya.

Iklan

Beliau berkata, sebarang perolehan atau peruntukan kerajaan sekiranya diserahkan kepada pihak yang berupaya mengendalikan dana tersebut, ketirisan dapat dikurangkan.

"Biarkan urusan berkenaan untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) bertanggungjawab cari barangan terbaik tanpa campur tangan," katanya.

Anwar berkata, keburukan ekonomi negara masih belum reda dan dianggap malap berikutan terkait dengan perkembangan global seperti peperangan Rusia-Ukraine dan juga pasca Covid-19.

Sebelum ini Anwar mendedahkan banyak kecurangan yang dianggap keterlaluan di MOF.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kecurangan berkenaan dilihat ketika menyemak fail kementerian.

Dalam ucapan sama Anwar berkata, unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) juga menunjukkan ekonomi terus menurun.

"Cabaran kita adalah hutang negara yang sudah mencecah hampir RM1.2 trillion.

Ini kenyataan, kerana ada pertikai, kenyataan berubah-ubah dan sekiranya termasuk liabiliti, ia sudah RM1.5 trilion," katanya.

Beliau berkata, kerajaan tidak boleh lagi 'membuaikan' minda rakyat dengan perkara tidak realistik tanpa melihat kenyataan sebenar.

"Sebab itu kita mulakan dengan memberikan angka sebenar," katanya.