Sunway Pyramid lancar aplikasi mudah alih
Iklan
Aplikasi Mudah Alih Sunway Pyramid boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple AppStore.
SUNWAY Pyramid melancarkan aplikasi mudah alih yang dilengkapi navigasi premis masa nyata bagi memudahkan pengunjung mencari lokasi khusus di pusat membeli-belah itu.
Ketua Pegawai Operasi Pusat Beli-Belah Sunway, Kevin Tan berkata, aplikasi itu adalah satu kaedah untuk memberi pengunjung kemudahan, ganjaran eksklusif dan kandungan yang sesuai dalam suasana beli-belah lebih menyeronokkan.
"Aplikasi ini menggunakan teknologi ‘indoor’ Google Maps dan isyarat WiFi untuk menjejak posisi pengguna dengan tepat dalam bangunan empat aras itu.
Jadi pengunjung tidak perlu membazir masa mencari kaunter pertanyaan atau direktori untuk menuju ke lokasi diingini,” katanya.
Sunway Pyramid bekerjasama dengan Google Indoor Maps untuk mengintegrasikan aplikasi mudah alih dengan enjin peta Google bagi versi aplikasi akan datang.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>