Ibu angkat meninggal, kanak-kanak 10 tahun cari ibu kandung
Iklan
Sufia Az-Zahra kini menumpang kasih Esah (kanan) selepas ibu angkatnya meninggal dunia Oktober lalu.
KUALA KRAI - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Kampung Belukar Tebu, di sini memohon bantuan orang ramai untuk membantu mengesan ibu kandungnya warga Vietnam yang dikenali sebagai Nguyen.
Sufia Az-Zahra Ghazali mencari ibu kandung selepas ibu angkat, Suziraazmawati Nor yang menjaganya sejak dia berusia tiga hari meninggal dunia Oktober tahun lalu.
Iklan
Iklan
Sejak itu Sufia Az-Zahra Ghazali dijaga oleh Esah Jenal, 71, yang merupakan ibu kepada Suziraazmawati.
Esah berkata, Nguyen yang ketika itu berusia 40-an dan bekerja di Pulau Pinang telah menyerahkan Sufia Az-Zahra kepada arwah anaknya.
Iklan
"Arwah telah meninggal dunia disebabkan penyakit buah pinggang kronik dan sekarang Sufia Az-Zahra di bawah jagaan saya," katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Esah, Sufia Az-Zahra yang dianggap seperti cucunya sendiri itu hanya memiliki sijil kelahiran bukan warganegara yang sempat dibuat oleh arwah anaknya.
Iklan
"Ketika proses akuan pengambilan anak angkat sedang dibuat, arwah anak sedang diuji dengan penyakit kronik dan telah meninggal dunia," katanya.
Esah berharap sesiapa yang mengenali Nguyen dapat tampil untuk membantu memudahkan urusan berkaitan cucu angkatnya itu dan boleh menghubungi talian 017-976 6041.
"Saya bimbang banyak lagi masalah yang akan timbul pada masa hadapan terutamanya melibatkan persekolahan.
"Sekarang ini Sufia Az-Zahra dapat ke sekolah kerana ihsan pihak tertentu," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>