40 mayat dikeluarkan dari lokasi pesawat terhempas di Nepal
Iklan
NEW DELHI - Berpuluh-puluh orang disahkan maut pada Ahad selepas sebuah pesawat penumpang yang membawa 72 orang terhempas di Nepal.
Pesawat Yeti Airlines ANC ATR 72 dilaporkan dalam perjalanan dari Kathmandu ke Pokhara membawa 68 penumpang termasuk 15 warga asing dan empat anak kapal.