Keahlian Muafakat Nasional kini 30,000 orang

Iklan
Annuar Musa

SHAH ALAM - Keahlian Muafakat Nasional (MN) kini mencecah 30,000 orang selepas lebih sebulan permohonan untuk menyertai pertubuhan itu dibuka kepada orang ramai.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, dengan pencapaian jumlah keahlian seramai itu, tiba masanya untuk MN memulakan penubuhan perhubungan negeri dan kawasan.

Iklan
Iklan

Annuar turut memaklumkan empat negeri iaitu Pahang, Sabah, Selangor dan Sarawak sudah mempunyai pengerusi perhubungan.

"Sukacita saya mengumumkan Pengerusi Perhubungan MN Pahang ialah Nasrudin Hassan Tantawi yang juga Ahli Majlis Syura Ulama Pas.

Iklan
Iklan

"Pengerusi Perhubungan MN Sabah adalah Jasmit Japong, Datuk Zuraida Kamarudin (Selangor) dan Datuk Justine Jinggot (Sarawak)," jelas beliau.