Ismail Sabri perjelas sebab lama berdiam diri
Iklan
Ismail Sabri
KUALA LUMPUR - Selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berakhir, timbul beberapa kontroversi yang mengaitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terlibat dengan ‘gerakan’ tertentu.
Bagaimanapun, sepanjang tempoh tersebut, Naib Presiden UMNO itu memilih berdiam diri dan mengelak daripada bertemu pihak media.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, sebaik selesai Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, Ismail Sabri tampil memperjelaskan rasionalnya tindakan yang diambil itu.
"Saya rasa lepas PRU15 inilah kali pertama saya jumpa dengan media (dan) saya tidak membuat sebarang kenyataan kerana takut disalah anggap, pelbagai spekulasi timbul dan sebagainya.
Iklan
"(Sedangkan) saya bercuti dekat Dubai pun ada orang kata (saya terlibat dengan ‘Langkah London’. Jadi, bagi saya (ketika itu) biarlah keadaan tenang.
"Kita adakan PAU dulu (baru bertemu media) kerana yang penting parti perlu diperkukuhkan,” katanya pada sidang media di Laman Media Perhimpuan Agung UMNO (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Sabtu.
Iklan
Selepas berakhirnya PRU15 lalu, Ismail Sabri dilihat mengambil sikap berdiam diri, meskipun ada dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan kumpulan yang menentang pemimpinnya sendiri.
Sementara itu, ditanya sama ada beliau akan mempertahankan jawatan yang disandangnya pada pemilihan yang dijadual pada Mei ini, Ismail Sabri menegaskan masih terlalu awal untuk menjawabnya.
"Setakat ini saya tidak mahu umumkan lagi,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>