'Usul jawatan Presiden, Timbalan tidak dipertanding tidak wajar'
Iklan
Mohd Hazreq Mohd Husin
KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO Bahagian Kepong menyifatkan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan yang dikemukakan pada Jumaat adalah tidak wajar.
Ketuanya, Mohd Hazreq Mohd Husin berkata, ini disebabkan tiada sesiapa di peringkat akar umbi yang bersetuju jika dua jawatan tertinggi itu tidak dipertandingkan.
Iklan
Iklan
"Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kita kalah. Kita bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) dan ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) inilah bukan sahaja perwakilan, tetapi orang kampung, ahli-ahli dari cawangan dan bahagian semua menantikan keputusan ini.
"(Ini) disebabkan dalam perlembagaan kita sendiri menyatakan supaya jawatan itu dipertandingkan. Di sini orang nak tengok dekat mana kita punya keupayaan,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Iklan
Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil pada Jumaat menyatakan satu usul tambahan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan UMNO akan datang telah dikemukakan.
Kata Isham, usul berkenaan dicadangkan oleh perwakilan dari Negeri Sembilan, dan disokong oleh Perwakilan Terengganu, Selangor, Perwakilan Wanita dan Pulau Pinang.
Iklan
Tambah Mohd Hazreq, sekiranya usul jawatan berkenaan diterima, bukan sahaja ahli UMNO yang berada di bawah tetapi rakyat juga akan mencemuh dan menolak parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
"Kerana kita dilihat semakin parah tetapi tidak mahu mengekalkan demokrasi,” tegasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN yakin isu penggantungan aktiviti selesai dalam dua minggu"><meta itemprop="description" content="PN yakin isu penggantungan aktiviti selesai dalam dua minggu
Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan penjelasan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dalam tempoh dua minggu bagi menjawab notis tunjuk sebab yang diterima gabungan itu pada 22 September lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya kini sedang berbincang bagi menyediakan jawapan dan penjelasan kepada RoS dalam tempoh ditetapkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797924/berita/politik/pn-beri-penjelasan-kepada-ros-dalam-tempoh-dua-minggu---takiyuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T06:26:53.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P23S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd833m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd833m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd833m"></script>