Kos ibadah umrah mungkin cecah RM7,890
Iklan
Gambar hiasan.
SHAH ALAM - Persatuan-persatuan agensi umrah telah mengadakan perbincangan bagi memperhalusi faktor-faktor yang menyumbang kepada kenaikan harga umrah.
Menurut kenyataan, pihak persatuan berpendapat bahawa kos yang wajar dijadikan sebagai rujukan ialah pada harga RM7,890 bagi pakej penginapan pada jarak lebih kurang 300 meter.
Iklan
Iklan
"Harga ini boleh dijadikan sebagai rujukan oleh orang ramai dalam membuat pilihan pakej umrah yang bersesuaian dengan kemampuan.
"Perbincangan ini bagi membantu pihak para jemaah umrah dan pengusaha pelancongan dalam mengurus dan membuat pilihan pakej yang sewajarnya,” katanya pada Jumaat.
Iklan
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra), dan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Rapuh).
Tambahnya, harga tersebut berkemungkinan akan lebih tinggi atau lebih rendah bergantung kepada lokasi hotel, tempoh tempahan, musim perayaan dan sebagainya.
Iklan
"Dalam pada itu, jemaah umrah juga dinasihatkan supaya membuat pengesahan awal terhadap pakej yang ditawarkan oleh pengusaha pelancongan.
"Jemaah juga perlu memastikan syarikat itu merupakan pengendali umrah berlesen di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC),” ujarnya.
Menurutnya, senarai syarikat pelancongan umrah berlesen ini boleh disemak di laman web rasmi MOTAC di https://www.motac.gov.my/semakan/umrah.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Mesin pengimbas canggih kesan apa sahaja pada badan penumpang RTS Malaysia-Singapura"><meta itemprop="description" content="Mesin pengimbas canggih kesan apa sahaja pada badan penumpang RTS Malaysia-Singapura
Keselamatan pergerakan penumpang di sempadan Malaysia-Singapura menerusi Sistem Transit Rapid (RTS) Link bakal diperkukuh dengan penggunaan 100 alat pengimbas “automatic e-gate”, sekali gus mengekang jenayah rentas sempadan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keupayaan alat pengimbang teknologi baharu itu ditunjukkan menerusi demonstrasi peralatan keselamatan ketika meninjau persiapan sempena Latih Amal Keselamatan RTS Malaysia-Singapore Cross-Border Joint Exercise, Field Training Exercise (FTX) 2026.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802356/berita/nasional/mesin-pengimbas-canggih-kesan-apa-sahaja-pada-badan-penumpang-rts-malaysia-singapura---saifuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RTS #MesinPengimbas #Saifuddin"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-28T11:02:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gQ-Lk1guTPPhkwx-W/x1080"><meta itemprop="duration" content="P64S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbrqi5q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbrqi5q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbrqi5q"></script>