Tiada pertandingan jawatan bukan kegilaan - Mohd Puad

Iklan
Muat naik di Facebook rasmi Mohd Puad pada Jumaat. Gambar kanan: MOHD PUAD

JOHOR BAHRU- Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menolak dakwaan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan sebagai suatu 'kegilaan'.

Jelasnya, tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO bukan suatu kegilaan sebaliknya ia adalah keprihatinan selain mengikut keperluan semasa.

Iklan
Iklan

"Apakah demokrasi hanya berlaku bila ada pertandingan? Bila majoriti perwakilan sokong tiada pertandingan, apakah itu bukan demokrasi? Kegilaan ialah bila semua hilang fokus dan politik wang kembali berkuasa," katanya menerusi muat naik di Facebook pada Jumaat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu, juga memberitahu istilah sedia untuk berlawan atau"ready to fight" mempunyai makna lain bukan sekadar untuk mendapatkan jawatan Presiden UMNO.

Iklan

Katanya,"ready to fight" juga bermaksud sedia melawan ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri iaitu Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, kelak.

"Menurut KJ ( Khairy Jamaluddin), semalam (Khamis) dia bertembung dengan Zahir (Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. Zahid kata"ready to fight”. Pada KJ itu bermakna Zahid sedia dilawan untuk jawatan Presiden UMNO.

Iklan

"Ready to fight" juga ada makna lain. Iaitu sedia melawan musuh habis habisan di PRN enam negeri nanti. Jangan timbul waktu PRU dan pemilihan parti sahaja tetapi membisu di waktu lain," katanya.