'Agenda sulit Tommy mesti dikorek hingga ke lubang cacing'

Iklan
Kerajaan sebelum ini bersetuju untuk menubuhkan RCI bagi meneliti secara holistik dakwaan-dakwaan dalam buku bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness” nukilan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

KUALA LUMPUR - UMNO menuntut segala maklumat dan agenda sulit dalam buku tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas didedahkan serta dikorek 'hingga ke lubang cacing'.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan tugas itu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said untuk melakukan tindakan selanjutnya.

Iklan
Iklan

"Kita menuntut semua maklumat yang selama ini tersirat oleh penulis buku itu mesti didedahkan dan segala maklumat serta agenda sulit mesti dikorek hingga ke lubang cacing.

'Kalau berjaya UMNO akan bagi sesuatu yang baik untuk saudari (Azalina),” demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, pada Jumaat.

Iklan

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menzahirkan ucapan tahniah berikutan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap Tommy telah diluluskan oleh kabinet.

Pada Rabu, kerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan RCI bagi meneliti secara holistik dakwaan-dakwaan dalam buku bertajuk"My Story: Justice in the Wilderness” nukilan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Iklan

Azalina berkata, penubuhan RCI itu adalah selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) yang terletak di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.