Sokong tak letak calon PRK Sandakan

Iklan
Rafiei

SEREMBAN - Pas Negeri Sembilan menyokong keputusan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat tidak meletakkan calon dalam PRK Parlimen Sandakan.

Pemangku Pesuruhjaya Pas negeri, Rafiei Mustapha berkata, pihaknya juga akan memberikan sokongan terhadap wakil pembangkang yang meletakkan calon kerusi tersebut.

Iklan
Iklan

"Keputusan tersebut adalah wajar dan kami berharap PRK ini mendapat hasil keputusan menguatkan wakil pembangkang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengatakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat membuat keputusan tidak meletakkan calon dalam PRK Parlimen terbabit.

Iklan

Dengan keputusan ini maka Pas akan memberikan sokongan kepada wakil pembangkang yang akan meletakkan calon bagi menentang calon PH.

Selaras dengan itu, Pas Sandakan dan Pas Sabah khususnya akan menggerakkan jentera pilihan raya setempat bagi membantu calon pembangkang dalam menghadapi PRK ini.

Iklan