Tanah runtuh: Kawasan peranginan Bukit Larut ditutup

Iklan
Kejadian tanah runtuh itu melibatkan kawasan-kawasan sebelum Watermelon hingga ke Pondok 1 di Bukit Larut. - Foto FB Pusat Peranginan Bukit Larut

TAIPING - Beberapa kakitangan pengurusan Bukit Larut di sini dilaporkan terkandas berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku pada petang Khamis.

Kejadian sekitar jam 3 petang itu, mengakibatkan laluan utama kawasan itu terhalang oleh keadaan tanah dan pokok tumbang.

Iklan
Iklan

Menerusi maklumat dikongsi dalam Facebook Pusat Peranginan Bukit Larut, semua kakitangan berkenaan terkandas dalam perjalanan turun dari stesen dan banglo penginapan di Kilometer 10.

Kejadian tanah runtuh itu melibatkan kawasan-kawasan sebelum Watermelon hingga ke Pondok 1.

Iklan

Majlis Perbandaran Taiping (MPT) memaklumkan, susulan kejadian itu, kawasan peranginan berkenaan telah ditutup sepenuhnya daripada sebarang aktiviti bagi mengelak risiko.

"Jangkaan tempoh penutupan akan dimaklumkan selepas penilaian keselamatan dibuat terutama daripada Jabatan Kerja Raya (JKR)," katanya.

Iklan