Ibu Chef Wan meninggal dunia

Iklan
Noraini menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.20 pagi Khamis. - Foto media sosial

KUALA LUMPUR - Ibu kepada selebriti masakan dan juga pelakon terkenal, Chef Wan meninggal dunia awal pagi Khamis.

Menerusi perkongsian di Instagram peribadinya, beliau memaklumkan ibu tercintanya, Noraini Abdullah, 93, menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.20 pagi Khamis.

Iklan
Iklan

"Dengan penuh rasa duka cita dimaklumkan bahawa ibu saya yang tersayang telah meninggal dunia jam 6.20 pagi tadi dalam tidurnya di Hospital Gleneagle.

"Jenazah akan dipersiap untuk dikebumikan di Masjid Putra Putrajaya dan disemadikan di Tanah Perkuburan Cyber 10. Alfatihah.

Iklan
Chef Wan menerusi perkongsian di Instagram peribadinya.

"Terima kasih tidak terhingga kepada semua ucapan serta doa untuk Allahyarham ibu saya. Alhamdulilah," tulis Chef Wan di akaun Instagramnya.

Dalam hantarannya sebelum ini, Chef Wan memaklumkan ibunya sedang menerima rawatan akibat kanser tahap empat di sebuah hospital.

Iklan