Malaysian Tigers tak beri Sepanyol laluan mudah

Iklan
Malaysian Tigers

PENGENDALI skuad hoki negara, Arul Selvaraj menganggap kekalahan kepada Sepanyol pada aksi persahabatan sebelum kempen Piala Dunia 2023 Bhubaneswar-Rourkela, India sebagai medan menguji pendekatan taktikal Malaysian Tigers.

Malah beliau tetap berpuas hati selain optimis skuadnya tidak akan memberikan laluan mudah kepada pasukan Belanda pada aksi pembukaan Sabtu ini, biarpun tewas 2-3 pada aksi pemanas badan kepada pasukan di ranking kelapan dunia itu.

Iklan
Iklan

"Harapan saya ialah ianya akan diterjemahkan kepada satu kejayaan pula berdasarkan persembahan itu. Ia sekali gus akan menjadi pemangkin kepada kejayaan di perlawanan kedua dan ketiga," katanya menerusi pautan video dikongsi kepada media.

Malaysian Tigers sebelum itu memperoleh dua gol hasil jaringan Norsyafiq Sumantri dan Muhammad Aminuddin Mohd Zain.

Iklan

Malaysia yang menduduki ranking ke-11 dunia selepas menentang juara tiga kali Belanda pada aksi pembukaan Kumpulan C pada kejohanan itu, dijadualkan berdepan Chile yang berada di ranking ke-22 dunia pada 16 Januari, sebelum menamatkan saingan kumpulan berdepan New Zealand (kesembilan dunia) pada 19 Januari.

Mengikut format kejohanan, juara kumpulan akan terus mara ke suku akhir, manakala pasukan di tempat kedua dan ketiga akan beraksi menentang pasukan Kumpulan D (England, India, Sepanyol, Wales) dalam pusingan kalah mati untuk slot ke suku akhir.

Iklan