UMNO terus lemah jika tidak berada dalam kerajaan
Iklan
Mohamad (tiga dari kanan) bersama Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua dari kanan) serta barisan kepimpinan hadir Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Puteri sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur malam ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - UMNO mungkin akan terus melemah jika berada di luar kerajaan disebabkan pengalaman terbatas sebagai pembangkang.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mendakwa, dengan kewujudan Perikatan Nasional (PN) yang berhasrat menguburkan parti itu, UMNO memerlukan jalan dan pengalaman sebagai kerajaan untuk terus memperkukuhkan sokongan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, adalah sangat sukar bekerjasama dengan parti yang kewujudan dan perjuangannya ialah menghapuskan UMNO untuk selama-lamanya.
"Kenapa kita menyertai Kerajaan Perpaduan adalah kerana kita punyai pengalaman bekerja dengan PN dalam kerajaan sebelum ini. Begitu juga pengalaman kita bekerjasama dengan Pas. Mereka tidak pernah setia atau ikhlas.
Iklan
"Tanpa segan, mereka berselingkuh dengan semua parti terutamanya 'si janda' UMNO. Lihat sahaja rekod mereka, dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Akhirnya, semua membawa haluan masing-masing.
"Dengan pengalaman bekerjasama secara ‘marriage of convenience’, semenjak Langkah Sheraton, UMNO merasakan bahawa kita memerlukan sesuatu yang lebih lestari dan konkrit," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di sini pada Rabu.
Iklan
Tambah beliau, telah tiba masanya untuk UMNO tidak terbelenggu dengan ideologi parti tertentu dalam saat paling kritikal untuk Malaysia.
Justeru, apabila Istana Negara mengusulkan penubuhan Kerajaan Perpaduan, pada UMNO ia adalah solusi yang paling ampuh.
"Bukan sahaja ia dapat memberikan ketembusan kepada kebuntuan politik waktu itu tetapi juga memberikan UMNO peluang untuk menyumbang secara bermakna.
"Yang penting kepada kita ialah memberi fokus kepada ‘governing’.
"Keutamaan UMNO, ialah kestabilan politik Malaysia dan bukannya idelogi politik rakan kerjasama kita dalam Kerajaan Perpaduan," katanya.
Ikuti perkembangan semasa mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2022 di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Baharu hari kelima kempen, Farzana sudah masuk gear lima"><meta itemprop="description" content="Belum pun memasuki separuh tempoh berkempen, calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Farzana Hayani Mohd Nasir sudah masuk gear lima dengan menggerakkan jentera secara agresif dalam usaha mendekati pengundi di kawasan itu.
Farzana, 26, yang mesra disapa Nana berkata, sekitar 30 ke 40 peratus kawasan itu sudah dikunjunginya sejak kempen rasmi bermula melalui turun padang dengan mengunjungi kawasan perumahan dan kampung bertemu penduduk dengan menaiki motosikal.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803189/berita/politik/prn-melaka-baharu-hari-kelima-kempen-farzana-sudah-masuk-gear-lima
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #PH #calonDunKlebang"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-04T04:11:53.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P236S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbtdsnu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbtdsnu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbtdsnu"></script>