15 rumah di Taman Bukit Permai 2 diisytihar tidak selamat

Iklan
Izham (tiga dari kanan) meninjau kerja pengukuhan cerun di Taman Bukit Permai pada Isnin.

AMPANG - Sebanyak 15 unit rumah di Taman Bukit Permai Fasa 2 di sini diisytihar tidak selamat dan perlu dikosongkan susulan kejadian cerun runtuh Mac, tahun lepas.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Ir Izham Hashim berkata, kesemua 15 rumah itu terletak di kawasan atas tebing yang jaraknya kurang 10 meter dari lokasi cerun.

Iklan
Iklan

Menurutnya keputusan tersebut dibuat selepas laporan teknikal oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kumpulan Ikram Sdn Bhd (Ikram) di lokasi tersebut keluar.

" Ia akan disusuli notis pengosongan yang akan dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kepada penduduk terlibat dalam masa terdekat," katanya selepas meninjau kerja pengukuhan cerun di Taman Bukit Permai di sini pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata, cerun berkenaan runtuh pada Mac lalu disusuli enam kali runtuhan kecil termasuk yang terakhir pada Disember lalu.

"Cerun tersebut sudah stabil menerusi kerja pengukuhan membabitkan kos RM15 juta. Projek dimulakan Mei lalu kini di tahap 80 peratus dan dijangka siap menjelang Mac depan.

Iklan

"Walaupun kerja-kerja menstabilkan cerun telah dilaksanakan namun 15 unit tersebut diisytihar tidak selamat susulan lokasinya berhampiran cerun dan terdepat diantaranya mengalami keretakan," ujarnya.

Katanya, fenomena hujan secara berterusan selain air bertakung dalam kuantiti besar menyebabkan punca tanah runtuh di lokasi tersebut.

Jelasnya, lokasi berkenaan adalah kawasan tambakan yang dibina pada tahun 80-an dengan sistem saliran tidak dibina dengan baik antara faktor menyumbang kepada kejadian itu.

Dalam kejadian Mac lepas, kejadian tanah runtuh itu meragut empat nyawa dan seorang cedera selain menyaksikan 15 rumah dan 10 kenderaan terjejas.