JKM cari ibu kandung bayi ditinggalkan di 'baby hatch'

Iklan
JKM cari waris bayi perempuan yang diletakkan di baby hatch sebuah hospital swasta pada Oktober tahun lalu. - Foto JKM Seremban

SEREMBAN - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan ibu kandung atau waris kepada seorang bayi perempuan yang diletakkan dalam peti khas, baby hatch di sebuah hospital swasta, di sini pada Oktober tahun lepas.

Pegawai Pelindung Kanak-kanak JKM Seremban, Emelia Kamarulzaman berkata, bayi berkenaan berusia anggaran satu hari ketika diselamatkan pada 14 Oktober tahun lepas.

Iklan
Iklan

"Memandangkan kes ini masih belum selesai siasatan, pelindung telah memohon kebenaran dari Mahkamah Bagi Kanak-kanak Seremban untuk mengesan ibu atau waris kanak-kanak," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Jelasnya, JKM ingin mengesan ibu kandung atau waris kepada bayi ini bagi tujuan siasatan serta tindakan lanjut.

Iklan
Iklan

"Waris atau kenalan serta orang awam yang mengenali ibu kandung kepada bayi terbabit atau mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi saya di talian 06-6015798," katanya.