MPP PKR akan pastikan parti pimpinan Anwar terus relevan
Iklan
Hantaran Facebook Maszlee pada Sabtu.
SHAH ALAM - Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) melahirkan tekad bagi memastikan parti dipimpin oleh Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus relevan di negara ini.
Ahli MPP, Dr Maszlee Malik berkata, mereka akan menjadikan parti itu pilihan utama rakyat berbilang bangsa di tanah air.
Iklan
Iklan
"Ahli MPP bertekad untuk memastikan parti akan terus relevan dan menjadi parti pilihan utama rakyat berbilang bangsa di tanah air ini,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Sabtu.
Bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam itu menambah, MPP PKR akan sentiasa berdiri teguh bersama Anwar yang merupakan Perdana Menteri.
Iklan
"Untuk memastikan keutuhan Kerajaan Perpaduan dan penerusan agenda reformasi demi kesejahteraan rakyat dan negara,” ujarnya.
Dalam pada itu, Maszlee turut mendedahkan tentang pesanan dibuat oleh Anwar padanya.
Iklan
Kata Maszlee, Anwar berpesan agar bersiap sedia kerana cuti sabatikalnya akan berakhir.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'"><meta itemprop="description" content="'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kedudukannya sebagai Perdana Menteri tidak terjejas walau apa juga keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengingatkan semua pihak supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan tidak menjadikan pilihan raya sebagai medan permusuhan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786379/berita/politik/kalah-atau-menang-prn-johor-saya-tetap-perdana-menteri
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor
Kempen PRN Johor 2026 dah bermula ?️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.
? pru.sinarharian.com.my"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-04T10:28:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P151S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xalbuji"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xalbuji"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xalbuji"></script>