SKMM tak pernah keluarkan mesej tuntut hadiah wang tunai
Iklan
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak pernah mengeluarkan sebarang e-mel atau mesej kepada orang awam untuk menuntut hadiah berupa wang tunai di bawah satu skim bonus yang ditawarkan sebuah syarikat telekomunikasi.
SKMM dalam kenyataan mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan e-mel atau mesej yang tidak ditentukan kesahihannya serta elak daripada memberikan butiran peribadi seperti nombor kad pengenalan kepada individu tidak dikenali.