Agong berkenan melawat Kampung Orang Asli Kuala Boh
Iklan
Al-Sultan Abdullah berkenan beramah mesra bersama warga Orang Asli ketika melawat ke Kampung Orang Asli Kuala Boh pada Sabtu. - Foto Bernama
CAMERON HIGHLANDS - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melawat Kampung Orang Asli Kuala Boh di sini pada Sabtu.
Ketibaan Al-Sultan Abdullah kira-kira jam 10.40 pagi disambut penduduk kampung berkenaan dengan persembahan tarian sewang.
Iklan
Iklan
Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Md Nor dan barisan Exco kerajaan negeri Pahang.
Seri Paduka Baginda kemudian berkenan menyampaikan sumbangan peribadi kepada 128 ketua keluarga dan kira-kira 200 kanak-kanak di perkampungan itu.
Iklan
Ketika beramah mesra bersama penduduk, Al-Sultan Abdullah bertitah, kerajaan negeri diminta menyediakan rumah kos rendah dan kemudahan internet bagi kegunaan penduduk orang asli di penempatan tersebut.
"Wakil rakyat akan cuba mendapatkan peruntukan," titah Seri Paduka Baginda sambil turut mengingatkan penduduk supaya menjaga kesihatan mereka dan keluarga masing-masing.
Iklan
Seri Paduka Baginda turut mencemar duli bersantap di Kedai Kari Kepala Ikan Sahak, Ringlet dan mengadakan lawatan ke sekitar pasar Kea Farm sebelum dijadual berangkat pulang pada pagi Ahad. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>