Mayat tanpa identiti dipercayai warga asing

Iklan
Sinar Harian pada 30 Disember melaporkan, satu mayat ditemui di tepi Jalan Bestari Jaya-Rawang di sini pada Jumaat dalam keadaan tangan dan kaki berikat.

AMPANG - Polis akan mendapatkan pengesahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk mengenal pasti identiti mayat lelaki yang ditemui di tepi jalan dalam keadaan kaki dan tangan terikat di tepi jalan di sekitar Rawang, 30 Disember lalu.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, semakan itu dilakukan susulan tiada maklumat berkaitan mangsa ditemui berdasarkan rekod cap jari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Iklan
Iklan

"Tiada rekod cap jari ditemui. Malah, pemeriksaan dilakukan mendapati tiada tanda suntikan imunisasi BCG (Bacillus Calmette Guerin) dan tiada tatu pada mangsa.

Sasikala berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan parah di kepala dipercayai akibat dipukul menggunakan objek tumpul.

Iklan

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan R Kolanthaivelub di talian 03-61262222 atau 019-2579232 bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Iklan

Sinar Harian pada 30 Disember melaporkan, satu mayat ditemui di tepi Jalan Bestari Jaya-Rawang di sini pada Jumaat dalam keadaan tangan dan kaki berikat.

Mayat mangsa yang lengkap berbaju T dan seluar pendek warna hitam itu telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.