[VIDEO] 'Krisis politik Sabah berpunca daripada Hajiji' - Mohd Shafie
Iklan
Mohd Shafie ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Warisan Kolombong, Kota Kinabalu pada Sabtu.
KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Krisis politik yang melanda Sabah ketika ini adalah berpunca daripada tindakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor sendiri, kata Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau berkata, tindakan itu sebagai usaha untuk Hajiji mengekalkan jawatannya selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Perikatan Nasional (PN) gagal membentuk kerajaan Persekutuan.
Iklan
Iklan
"Saya melihat pergolakan kerajaan yang ada hari ini, sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Hajiji itu akan sedikit sebanyak menimbulkan kekeliruan yang berlaku kerana kita faham bahawa daripada Perlembagaan Negeri Sabah cukup jelas sama ada Perkara 6 (3) atau Perkara 6 (7) iaitu menyatakan kedudukan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang pertama dia adalah ketua parti dan keduanya dia mempunyai jumlah sokongan.
"Di Persekutuan kita telah ada undang-undang Akta Anti Lompat kenapa tidak dilakukan di Sabah dan inilah keadaan yang kita katakan bahawa perundangan itu tidak dipatuhi. Tidak ada Akta Anti Lompat di Sabah tetapi pematuhan Artikel 6(3), 6 (7) tidak dilakukan," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Warisan di Kolombong pada Sabtu.
Iklan
Mohd Shafie dengan itu menekankan dari segi Perlembagaan Negeri Sabah jelas bahawa Hajiji bukan ketua parti malah beliau juga tidak mempunyai parti.
"Saya nampak pergeseran kerajaan yang ada pada PN dan GRS dengan BN dan semalam (Jumaat) mereka keluar daripada blok begitu besar parti kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2020 ialah PN dan BN, jadi kita lihat ini terkandung dalam peraturan di bawah bidang Yang Dipertua Negeri Sabah (TYT).
Iklan
"Bukan sesiapa, bukan saya, bukan mana-mana pihak tetapi TYT berkuasa untuk menentukan keadaan sedikit kegusaran yang berlaku dalam keadaan politik di Sabah ini.
"Jadi saya melihat walaupun ada yang menyatakan Coup d'etat sana, Coup d'etat sini, ini perundangan. Tiada yang boleh dilakukan dengan Coup d'etat walaupun tiada Akta Anti Lompat tetapi kita kena sedar Artikel 6 (7) dan Artikel 6 (3) dalam Perlembagaan Sabah di Sabah," tegasnya.
Sehubungan itu, beliau sekali lagi menolak bahawa pergolakan politik yang berlaku bukan disebabkan Warisan.
"Kerajaan berhak untuk menentukan siapa yang boleh membentuk, tetapi situasi semasa jelas mengikut perlembagaan ketua parti dengan majoriti, tetapi saya tidak katakan semestinya Warisan.
"Terpulang kepada TYT untuk menentukan. Tapi kadang-kadang ahli politik yang mengelirukan, beli sana beli sini, itu yang jadi keliru. Tukar sana, tukar sini, tukar Bersatu, tukar GRS, bukan perbuatan Warisan.
"Mana ada hak saya menyatakan kepada mana-mana pihak minta letak jawatan daripada parti. Siapa yang mula ini, bukan saya, siapa yang keluar," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Calon PN yakin peratusan keluar undi awal tinggi" /><meta itemprop="description" content="Calon PN yakin peratusan keluar undi awal tinggi
BERITA SEMASA 7 MEI 2024
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut yakin peratusan keluar mengundi awal akan tinggi melibatkan pegawai dan anggota keselamatan, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu turut berpuas hati dengan perjalanan proses undi awal yang berlangsung di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infantri Kem Erakine Kuala Kubu Baharu.
Dalam pada itu beliau turut menyatakaan keterujaan melihat proses berkenaan yang berlangsung di dua lokasi terlibat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663308/berita/politik/prk-kkb-calon-pn-yakin-peratusan-keluar-undi-awal-tinggi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #PRKKualaKubuBaharu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-07T03:42:34.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/WFzJQ1cEQD2T0psPT/x120" /><meta itemprop="duration" content="P70S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8y4o2i" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8y4o2i"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sock Tao nafi kempen PH langgar akta" /><meta itemprop="description" content="Sock Tao nafi kempen PH langgar akta
BERITA SEMASA 7 MEI 2024
Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao menafikan pihaknya melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 ketika berkempen seperti didakwa pembangkang, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Huda Husain.
Jelas anak kelahiran Ampang itu, sepanjang tempoh kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu berlangsung tiada aktiviti yang menyalahi undang-undang dilakukan pihaknya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat Perikatan Nasional (PN) memfailkan petisyen di Mahkamah Pilihan Raya ekoran mendakwa PH menyalahgunakan aset kerajaan dalam PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663294/berita/politik/sock-tao-nafi-kempen-ph-langgar-akta
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Calon PH puas hati proses undi awal berjalan lancar" /><meta itemprop="description" content="Calon PH puas hati proses undi awal berjalan lancar
BERITA SEMASA 7 MEI 2024
Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao berpuas hati dengan perjalanan proses undi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor, pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Huda Husain.
Sock Tao berkata, dengan proses yang lancar itu secara langsung dapat memastikan ramai keluar mengundi.
Jelasnya, keadaan pengundian awal daripada pemerhatiannya sangat teratur dan berjalan lancar.
Beliau berterima kasih kepada pegawai dan anggota serta semua pihak yang terlibat dalam proses undi awal.
Sock Tao terdahulu tiba Maktab PDRM Kuala Kubu Baharu kira-kira jam 9.05 pagi diiringi seorang pegawainya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663290/berita/politik/prk-kkb-calon-ph-puas-hati-proses-undi-awal-berjalan-lancar
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #undiawal #PRKKualaKubuBaharu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-07T02:50:00.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WFya81cEPRl4SMBLg/x120" /><meta itemprop="duration" content="P41S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8y4lqg" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8y4lqg"></script>