Terima kasih penyokong Harimau Malaya!
Iklan
Skuad negara bakal berdepan Thailand di pusingan separuh akhir Piala AFF 2022.
PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberikan sokongan padu dalam kemenangan 4-1 ke atas Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa.
Kemenangan itu menyaksikan skuad negara muncul naib juara Kumpulan B, sekali gus berjaya mara ke pusingan separuh akhir Piala AFF 2022.
Iklan
Iklan
"Terima kasih kepada semua penyokong Harimau Malaya yang hadir. Ia merupakan kuasa dan tenaga untuk kami berjuang.
"Tahniah juga kepada pemain yang menunjukkan kualiti mereka untuk menundukkan Singapura.
Iklan
"Ini adalah salah satu persembahan terbaik pasukan. Mereka memberikan segalanya kepada penyokong malam ini," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.
Sebelum ini, Pan-gon meminta penyokong hadir beramai-ramai ke stadium untuk memberikan sokongan dalam misi wajib menang skuad negara ke atas Singapura.
Iklan
Permintaan Pan-gon itu disahut 'pemain ke-12' negara apabila lebih 65,000 penyokong hadir memenuhi Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Pasukan negara akan berdepan Thailand di peringkat separuh akhir yang diadakan secara timbal balik pada 7 dan 10 Januari ini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>