Cake sambut baik Kedah tutup premis judi

Iklan
Mohamad Yusrizal (Laporan Sinar Harian pada Ahad.)

ALOR SETAR - Persatuan Pengguna Kedah (Cake) menyambut baik tindakan Kedah menamatkan sepenuhnya semua operasi premis perjudian dan loteri di negeri ini bermula 1 Januari 2023.

Presiden Cake, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, keputusan berkenaan dilihat mampu mengurangkan gejala kurang sihat dan keruntuhan sosial dalam kalangan masyarakat.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, Mohamad Yusrizal mengucapkan tahniah terhadap tindakan kerajaan negeri yang mengeluarkan arahan penutupan sepenuhnya lesen premis berkenaan.

"Bagaimanapun, Cake berharap penguatkuasaan lebih ketat berkaitan aktiviti perjudian tidak berlesen daripada pihak berkuasa dan sebagainya.

Iklan

Mohamad Yusrizal berkata, pengguna turut berharap tindakan lebih tegas daripada pihak bertanggungjawab dengan menutup laman web judi dalam talian dan sebagainya.

"Kita pun sudah arahkan tutup, buka balik tempat lain. Jadi (perkara) ini juga perlu dikuatkuasakan segera oleh kerajaan (Persekutuan)," ujarnya.

Iklan

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, aktiviti penjualan arak di seluruh negeri diharapkan terus dihadkan bagi mengelak perkara lebih mudarat.

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Kedah diarah untuk memantau dan memastikan semua premis perjudian dan loteri di negeri ini mematuhi arahan penutupan sepenuhnya bermula 1 Januari 2023.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, semua lesen premis tersebut tidak lagi diperbaharui dan tamat tempoh pada 31 Disember 2022.

Menurutnya, perkara berkenaan selaras dengan keputusan yang diputuskan semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 14 November 2021.