Warga emas campak syiling dalam enjin pesawat ditahan
Iklan
HOHHOT - MONGOLIA. Seorang wanita warga emas ditahan gara-gara mencampakkan duit syiling ke dalam enjin sebuah pesawat bertujuan untuk berdoa agar penerbangannya berjalan lancar.
Kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Hohhot Baita semalam, disedari penumpang lain yang ternampak perbuatan warga emas terbabit dan melaporkannya kepada kru penerbangan.