BN belum ada cadangan nama pengerusi baharu PAC
Iklan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR — Barisan Nasional (BN) akan mencadangkan calon lain bagi menggantikan Datuk Seri Ronald Kiandee sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) susulan tindakan pemimpin dari Sabah itu keluar Umno hari ini.
Bercakap pada sidang media di sini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini kerana manifesto Pakatan Harapan (PH) menyatakan jawatan pengerusi PAC dikhaskan kepada anggota Parlimen daripada pembangkang.
Iklan
Iklan
Kiandee, selaku Ahli Parlimen Beluran, dilaporkan berkata beliau pula tidak boleh meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PAC walaupun sudah membuat keputusan meninggalkan Umno sehingga Parlimen membuat keputusan lanjut berhubung perkara itu.
Kiandee adalah antara enam Ahli Parlimen, sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), dua senator dan 21 KetuaUmno Bahagian negeri meninggalkan parti itu hari ini, sekali gus menjadikan parti itu hampir lumpuh di Sabah.
Iklan
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata kerusi Parlimen Cameron Highlands tetap milik MIC untuk ditandingi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kelak.
MIC hari ini dilaporkan berkata ia tidak akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengisytiharkan kemenangan calon BN dari MIC, Datuk C. Sivarraajh, bagi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-14 adalah terbatal dan tidak sah kerana berlaku amalan rasuah.
Iklan
Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, berkata Pengerusi PAC mestilah dalam kalangan wakil rakyat pembangkang selaras dengan manifesto PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mei lalu.
"Kita kena ikut apa yang ada dalam peraturan. Kalau ikut peraturan, ia terdiri daripada wakil rakyat pembangkang, jadi kena ikut peraturanlah," katanya ketika diminta mengulas kedudukan Kiandee susulan tindakannya keluar Umno, hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Siri Syarahan Umum Yang Dipertua Dewan Rakyat. Julung kali diadakan, syarahan bertajuk 'Parlimen dan Masyarakat Awam: Suara Rakyat? itu disampaikan oleh Presiden dan Pengasas Institut Demokrasi dah Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Tunku Zain Al-Abidin ibni Tuanku Muhriz.
Ketika diminta mengulas mengenai kedudukan Yamani Hafez Musa yang masih belum mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen Sipitang, Mohamad Ariff berkata anak bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman itu, mempunyai tempoh sehingga 15 Jan depan untuk berbuat demikian.
"Kita telah berikan beberapa tarikh kepadanya. Beliau perlu hadir angkat sumpah di Parlimen sebelum tarikh itu jika tidak mahu hilang kelayakan," katanya.
Mengenai siri syarahan umum, Muhammad Ariff berkata ia merupakan satu langkah pembaharuan ke arah memartabatkan Agenda Reformasi Parlimen Malaysia sebagai institusi badan perundangan yang terbuka dalam amalan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin