Wanita maut terperosok bawah lori

Iklan
Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan di Jalan Pandan, Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada Ahad.

JOHOR BAHRU - Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah lori dalam kejadian di Jalan Pandan, Kampung Melayu Majidee, di sini pada Ahad.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II Hadi Mohamad berkata, enam anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 9.35 pagi.

Iklan
Iklan

"Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal, Nurhazliza Hashim, 31, terperosok di bawah lori tersebut dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, pihak Pusat Gerakan Operasi (PGO) mengeluarkan mangsa dengan menggunakan satu unit 'stretcher' sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Iklan
Iklan

Tambahnya, operasi tersebut selesai pada jam 10:39 pagi.