Sudah 2023 ada lagi sikap ‘sampah’
Iklan
Sampah yang dibuang di tepi tong sampah di Kampung Perupok, Bachok. - Foto Ihsan Mohd Nazri Ismail
BACHOK - Memasuki hari pertama tahun baharu 2023 masih ada individu bersikap mentaliti kelas ketiga dengan membuang sampah di luar tong yang disediakan di Kampung Perupok di sini pada Ahad.
Pemandangan menyakitkan mata itu tersaji seawal jam 8 pagi menyebabkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk setempat.
Iklan
Iklan
Penduduk, Mohd Nazri Ismail, 50, berkata, empat tong sampah setiap satu bersaiz 1,000 liter disediakan di kawasan itu oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi kegunaan awam terutama penduduk sekitar.
"Pagi tadi dua daripada empat tong itu berisi sampah dan kedua-dua belum penuh manakala dua lagi tong adalah kosong.
Iklan
"Namun menyedihkan kerana ada pula yang buang sampah di tepi tong dan bukannya ke dalam tong sampah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.
Menurutnya, sampah di kawasan itu dikutip oleh PBT pada setiap hari dan tidak ada alasan untuk penduduk tidak membuang sampah dengan cara yang betul.
Iklan
Dalam pada itu, pengunjung di pusat pelancongan terkenal Pantai Irama Bachok yang terletak berdekatan dengan Perupok turut menzahirkan dukacita dengan perkara itu dan mengharapkan perubahan sikap segera dalam kalangan pendudul.
Datin Norhani Affandi yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan (PRNKK) berkata, PRNKK bersedia untuk bekerjasama dengan pihak PBT dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap penting menjaga kebersihan.
"Kalau nampak sikap begini, saya tegur dan bantu kutip buang dalam tong. Sikap sambil lewa terhadap kebersihan ini tidak boleh dibiar berterusan kerana berisiko mengundang penyakit.
"Program kebersihan pula dicadangkan untuk dilaksanakan secara berkala dan bersepadu antara agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) supaya lebih berkesan secara berpanjangan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>