Pencemaran bau: LRA Sungai Semenyih dihenti tugas

Iklan
Laporan Sinar Harian.

SHAH ALAM - Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dihenti tugas sementara berikutan pencemaran bau dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir pada Sabtu.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan, henti tugas sementara itu dilakukan pada jam 7 malam.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, kawasan-kawasan yang dijangka terkesan akan dimaklumkan kelak.

"Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa," kata kenyataan itu pada Sabtu.

Info grafik mengenai henti tugas LRA Sungai Semenyih berikutan pencemaran bau dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir pada Sabtu.

Iklan

Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan berlaku pencemaran bau di lokasi pemantauan statik 1.5 kilometer (km) daripada muka sauk Jenderam Hilir pada jam 6.30 petang Sabtu.

Kejadian Pencemaran bau di muka sauk itu sekali lagi berlaku dalam tempoh seminggu selepas masalah sama menyebabkan LRA Sungai Semenyih dan Sungai Tampoi terpaksa dihenti tugas pada 24 Disember lalu.