Dua maut dalam kemalangan babit dua kenderaan

Iklan
Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di KM208.6 Lebuhraya Pantai Barat, berhampiran Sitiawan, pada Jumaat. - Foto JBPM Perak

IPOH - Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di KM208.6 Lebuhraya Pantai Barat, berhampiran Sitiawan, pada Jumaat.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.35 pagi dan pegawai serta anggota bersama sebuah jentera bomba digegaskan ke lokasi bagi menyelamat.

Iklan
Iklan

"Dua mangsa lelaki dalam Toyota Vios disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di bahagian penumpang manakala seorang lagi lelaki cedera selepas tercampak keluar dari kenderaan. Pemandu Proton Saga, juga seorang lelaki, tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan.

Menurut jurucakap itu, anggota bomba memotong bahagian pintu kenderaan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Iklan

Katanya, mayat dan mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak polis serta petugas Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut manakala operasi menyelamat selesai pada jam 8.46 pagi. - Bernama

Iklan