Belia Islam bantu golongan memerlukan sempena Krismas

Iklan
Penumpang menunggu kereta api semasa percutian Ambang Krismas di Stesen Waterloo di London, Britain pada Sabtu. - Foto EPA

LONDON - Persatuan Belia Islam Ahmadiyah (Amya) mengedarkan ‘bakul hadiah’ kepada golongan yang memerlukan di seluruh Britain terutama mereka yang terkesan akibat krisis kos sara hidup ketika musim perayaan.

Ketua belia serantau Amya, Muhammad Akbar berkata, inisiatif itu bertujuan meringankan sedikit beban kepada mereka yang terkesan, lapor PA Media/dpa.

Iklan
Iklan

"Nabi Muhammad (SAW) telah bersabda bahawa setiap perbuatan kebaikan adalah sedekah.

"...jadi tahun ini kami memutuskan untuk menyumbangkan bakul hadiah dengan harapan sumbangan ini dapat memberikan sedikit kegembiraan,” katanya.

Iklan

Amya melancarkan inisiatif itu dengan kerjasama badan amal Marie Curie yang menyediakan sokongan dan penjagaan bagi mereka yang menghidap penyakit.

Terdapat lebih 400 permohonan diterima daripada 40 bandar dan pekan di seluruh United Kingdom untuk mendapatkan bantuan bakul hadiah itu.

Iklan

Pada Krismas, ratusan sukarelawan telah ditugaskan ke 22 wilayah untuk mengagihkan bakul itu.

Bakul hadiah itu mengandungi makanan, lilin wangi, selendang musim sejuk, mainan, alat tulis dan kad.

"Ini merupakan pengalaman yang sangat mencabar...kami berharap kami dapat meneruskan inisiatif yang sama pada masa hadapan," katanya. - Bernama