KUALA LUMPUR - Polis menahan dua lelaki warga Myanmar yang disyaki memecah masuk sebuah kedai pakaian di Pandan Indah di sini tiga hari lepas, melibatkan kerugian kira-kira RM10,000.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kedua-dua suspek berusia 20 dan 22 tahun ditahan dalam operasi berasingan di sekitar Pandan Indah pada hari Jumaat dan Ahad.