Sulaiman nafi letak jawatan Ketua Menteri Januari depan

Iklan
Sulaiman

MELAKA - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menafikan akan melepaskan jawatannya pada awal Januari tahun depan seperti didakwa sebuah laporan media pada Isnin.

Beliau berkata, dakwaan itu sama sekali tidak benar dan ia adalah kali kedua beliau menafikan spekulasi sama yang pernah timbul pada Mei lalu.

Iklan
Iklan

Pada Isnin, Sulaiman dilaporkan bakal berundur pada 3 Januari tahun hadapan untuk memberi laluan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bagi menggantikan beliau.

Laporan itu mendakwa ia telah mendapat restu daripada kepimpinan UMNO selain tiga Exco kerajaan negeri di bawah kepimpinan Sulaiman akan diganti, termasuk ADUN Rembia, Muhammad Jailani Khamis.

Iklan

Sebagai rekod, Sulaiman dilantik sebagai Ketua Menteri susulan Langkah Sheraton pada Mac 2020, bagaimanapun sejak itu, berulang kali muncul dakwaan mengatakan bahawa Sulaiman dikawal Rauf.

Sulaiman merupakan ADUN Lendu mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 pada 21 November tahun lalu selepas BN menang 21 daripada 28 kerusi pada PRN Melaka sehari sebelumnya.

Iklan