Mangsa banjir menurun kepada 8,528 orang

Iklan
Beberapa sukarelawan berkerjasama membersihkan rumah mangsa banjir ketika tinjauan di Kampung Paya Besar pada Ahad. - Foto Bernama

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Jumlah keseluruhan mangsa banjir di lima negeri terus mencatatkan penurunan iaitu kepada 8,528 orang setakat jam 7 pagi Isnin melibatkan 2,552 keluarga berbanding 8,847 orang pada jam 8 malam Ahad.

Berdasarkan laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), penurunan itu membabitkan kesemua negeri terlibat kecuali Sabah yang merekodkan peningkatan mangsa bencana itu daripada 1,431 kepada 1,476 orang.

Iklan
Iklan

Peningkatan yang berlaku di Sabah membabitkan 332 keluarga yang berada di empat daerah di negeri berkenaan ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS).

Seramai 8,528 mangsa banjir yang dilaporkan oleh Nadma

Ketika ini, Kelantan merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 5,411 orang melibatkan 1,787 keluarga yang ditempatkan di 18 PPS.

Iklan

Di Terengganu pula, jumlah mangsa masih terkesan ialah sebanyak 1,438 orang daripada 358 keluarga masih ditempatkan di 12 PPS.

Manakala di Sarawak, hanya 141 mangsa terdiri daripada 34 keluarga masih ditempatkan di satu PPS sementara di Perak, jumlah mangsa banjir ketika ini adalah seramai 62 orang membabitkan 14 keluarga dan telah ditempatkan di satu PPS.

Iklan

Ikuti perkembangan semasa mengenai banjir di seluruh negara di sini!