Tiga lelaki ditahan bersama 105kg daun ketum

Iklan
Gambar hiasan

BALIK PULAU - Polis menahan tiga lelaki dan merampas 105 kilogram (kg) daun ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Permatang Damar Laut, Bayan Lepas di sini semalam.

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan pada Ahad, berkata, bertindak hasil maklumat serta risikan, polis menyerbu rumah itu dan menahan tiga lelaki berusia 22 hingga 26 tahun yang menjadikan bahagian belakang rumah berkenaan sebagai tempat memproses air ketum.

Iklan
Iklan

"Selain 105kg daun ketum, polis turut merampas ratusan bungkusan air ketum yang telah siap diproses iaitu 1,545 liter, peralatan memasak, tong gas dan pelbagai lagi yang kesemuanya bernilai RM16,500," menurut kenyataan itu.

Menurutnya kegiatan itu dijalankan sejak beberapa bulan lepas, dan tiga penganggur itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Iklan

Sementara itu dalam kes berasingan, menurut kenyataan itu polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun dan wanita warga emas berumur 61 tahun kerana disyaki menjadi 'keldai akaun' sindiket penipuan, dalam serbuan di Perak, Khamis lepas.

Siasatan awal mendapati mereka terlibat dengan sindiket dalam urusan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan keuntungan di samping menyamar sebagai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta polis.

Iklan

"Jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa ialah RM8,010 sehingga RM19,200,” menurut kenyataan itu, dan mereka kini direman empat hari, disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan. - Bernama.