Tragedi Batang Kali: Anggota APM pengsan akibat dehidrasi
Iklan
BATANG KALI - Cuaca panas terik di lokasi tragedi tanah runtuh Father's Organic Farm di sini menyebabkan seorang anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pengsan pada Sabtu.
APM Selangor dalam satu kenyataan mengesahkan anggotanya, Prebet Muhamad Faiq Haikhal Mohd Jeffry bertugas di kawasan 'red zone' sejak operasi SAR bermula sekitar jam 7.30 pagi mengalami dehidrasi.