Davies dalam kelas tersendiri

Iklan
Davies

ALPHONSO Davies, yang membantu Kanada kembali ke Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 36 tahun dan menjaringkan gol pertama negara di Qatar 2022, dipilih sebagai Pemain Terbaik Bola Sepak Kanada.

Ia adalah kali keempat dalam tempoh lima tahun Davies telah meraih penghormatan tersebut.

Iklan
Iklan

Pada perlawanan itu, Davies meledak gol seawal minit kedua bagi membolehkan anak buah John Herdman mendahului sebelum skuad asuhan Zlatko Dalic bangkit untuk kemenangan, 4-1.

Pemain berusia 22 tahun itu turut membantu kelabnya Bayern Munich memenangi Bundesliga dan Piala Super DFL pada 2022.

Iklan
Iklan

Davies telah menjaringkan 13 gol dan membuat rekod kebangsaan 16 bantuan gol dalam 33 perlawanan untuk Kanada.