SHAH ALAM - Jumlah keseluruhan mangsa banjir di tujuh negeri mencatatkan penurunan kepada 50,861 orang melibatkan 14,635 keluarga setakat jam 6 pagi Jumaat berbanding 66,197 orang pada Khamis.
Menurut laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Terengganu merekodkan jumlah tertinggi seramai 25,895 mangsa diikuti Kelantan (24,690), Sarawak (104), Selangor (57), Johor dan Perak (46) serta Pahang (23).