Semua kerajaan negeri digesa batal sambutan ambang tahun baharu

Iklan
Subbarow
GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa semua kerajaan negeri mengikut langkah kerajaan Persekutuan yang membatalkan sambutan ambang tahun baharu seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu.

Pegawai Pendidikan CAP, N V Subbarow menyifatkan tindakan Anwar itu sebagai sangat berani dan sihat yang diambil oleh seorang perdana menteri.

"CAP merasakan sambutan itu adalah satu pembaziran wang dan sebenarnya ia (wang itu) boleh disalurkan kepada rakyat yang terjejas teruk akibat banjir besar semasa,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pada Rabu, Anwar dilaporkan berkata Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 di Dataran Merdeka pada 31 Dis ini dibatalkan berikutan keadaan beberapa negeri yang dilanda musibah banjir. - Bernama