Pindah kuasa kawal selia bekalan gas langkah ke hadapan
Iklan
HAJIJI
KOTA KINABALU - Keputusan Kerajaan Persekutuan memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas kepada Sabah adalah satu langkah ke hadapan ke arah merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Ketika mengalu-alukan keputusan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Rabu, Hajiji berkata, ini sentiasa menjadi aspirasi negeri itu dan rakyatnya.
Iklan
Iklan
Ketua Menteri berkata, beliau telah membangkitkan keperluan untuk memenuhi MA63 semasa pertemuan pertamanya dengan Anwar selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu.
Menurutnya, selepas keputusan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agung, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, Dewan Undangan Negeri (DUN) akan mengadakan sidang khas untuk meluluskan dan mewartakan Rang Undang-Undang Negeri Sabah bagi bekalan gas.
Iklan
Hajiji berkata, Suruhanjaya Tenaga Sabah akan mengambil alih semua kuasa kawal selia untuk bekalan gas di darat (penggasan semula, penghantaran, pengedaran, penggunaan gas oleh pemegang lesen swasta dan runcit) di negeri ini berkuat kuasa serta-merta.
Terdahulu, Anwar mengumumkan kerajaan pusat bersetuju memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas di Sabah kepada kerajaan negeri dan perkara itu dipersetujui sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Persekutuan untuk menghormati MA63. - Bernama
Iklan
BERITA SEMASA 7 MEI 2024
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut yakin peratusan keluar mengundi awal akan tinggi melibatkan pegawai dan anggota keselamatan, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu turut berpuas hati dengan perjalanan proses undi awal yang berlangsung di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infantri Kem Erakine Kuala Kubu Baharu.
Dalam pada itu beliau turut menyatakaan keterujaan melihat proses berkenaan yang berlangsung di dua lokasi terlibat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663308/berita/politik/prk-kkb-calon-pn-yakin-peratusan-keluar-undi-awal-tinggi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com