GEORGE TOWN - Kes demam denggi di Pulau Pinang merekodkan peningkatan 248.1 peratus iaitu 1,347 kes dicatatkan sejak Januari hingga 17 Disember lepas berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu hanya 387 kes.
Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr Ma'arof Sudin berkata, satu kematian dilaporkan pada tahun ini manakala jumlah kes pada tahun ini lebih rendah berbanding jumlah kes sebelum pandemik Covid-19 pada 2019, iaitu sebanyak 4,061 kes direkodkan, ketika itu penurunan sebanyak 66.8 peratus.