Selimut, perkakas khemah antara ditemui pasukan penyelamat

Iklan
Wan Md Razali (kiri) bersama Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah pada sidang akhbar di lokasi tragedi pada petang Rabu.

BATANG KALI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan pada hari kelima menemui beberapa peralatan dipercayai kepunyaan mangsa dikhuatiri tertimbus dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting.

Timbalan Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, barang-barang dipercayai kepunyaan mangsa itu ditemui ketika operasi penggalian dilakukan di sektor C.

Iklan
Iklan

"Antara barangan yang ditemui ialah tong, bekas khemah, selimut dan peralatan lain kepunyaan mangsa.

"Petanda-petanda yang ditemui sejak tengah hari Selasa memberi semangat kepada kami untuk meneruskan operasi pencarian. Walau bagaimanapun hasil pencarian negatif (tiada),” katanya pada sidang akhbar di lokasi pencarian pada petang Selasa.

Iklan

Jelasnya, operasi SAR akan diteruskan dan tidak mengabaikan sektor-sektor lain meskipun operasi tertumpu di sektor C.

"Kita akan buat operasi pengulangan di sektor lain juga sehingga berpuas hati,” katanya.

Iklan

Dalam pada itu katanya, operasi pasukan sweaper melibatkan anggota tentera dan bomba tidak menemui apa-apa petunjuk.

"Pencarian di kawasan sungai kiri dan kanan luar dari sektor juga tidak menemui apa-apa petanda,” katanya.

Dalam kejadian awal pagi Jumaat lalu, seramai 94 mangsa terlibat dalam kejadian tanah runtuh berkenaan yang terdiri daripada pengunjung dan pekerja tapak perkhemaha

Setakat ini, seramai 24 mangsa dilaporkan meninggal dunia dan sembilan lagi individu dipercayai masih hilang, manakala 61 individu terselamat.