PASIR MAS - Operasi perniagaan di zon bebas cukai Rantau Panjang ditutup sepenuhnya, berikutan keseluruhan pekan itu dinaiki air sedalam 0.3 sehingga 0.5 meter berikutan hujan lebat berterusan dan limpahan air Sungai Golok, sejak semalam.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Anwar Abu Bakar berkata, pihaknya terus membuat pemantauan dan tinjauan secara berkala bagi memastikan keselamatan penduduk di pekan Rantau Panjang.