Guna gambar Farah Hussamuddin untuk penipuan

Iklan
Akaun palsu telegram yang memaparkan gambar Farah dan anaknya. (Gambar dalam :Farah -Linkedin)

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pengarah Eksekutif Grup Media Karangkraf, Farah Hussamuddin mendedahkan terdapat kewujudan satu akaun Telegram yang menggunakan gambar beliau bagi tujuan penipuan kononnya menawarkan kerja kosong.

Justeru, beliau menafikan akaun atas nama Putih Eli itu adalah miliknya dan percaya ada pihak tertentu yang cuba memperdaya orang ramai apabila meminta mangsa memberikan nombor akaun bank.

Iklan
Iklan

"Saya akan buat laporan polis," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Pendedahan yang tular.

Iklan

Sebelum ini, tangkap layar akaun Telegram dipercayai sindiket penipuan kerja yang mengguna pakai gambarnya itu tular selepas didedahkan di Facebook oleh pengguna bernama Yuri Azhar Mazlan pada Jumaat.

Yuri Azhar menjelaskan, pada mulanya dia dihubungi dua wanita menerusi WhatsApp dengan menawarkan pekerjaan di sebuah syarikat sebelum diminta memberikan nombor akaun bank ketika melakukan urusan tersebut.

Iklan

Dia bagaimanapun tidak berbuat demikian selepas mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan individu berkenaan.

"Kononnya menawarkan saya kerja, hanya ikut arahan mereka. Follow (ikut) individu dan syarikat di Instagram dan Telegram. Saya mula curiga apabila Putih Eli ini minta nombor akaun bank.

"Saya syak akaun penipu. Berhati-hati semua apabila dihubungi oleh dua wanita ini, mungkin gambar profil digunakan ini bukan gambar mereka," ujarnya.