Banjir Terengganu: 12 jalan terjejas, 7 ditutup sepenuhnya
Iklan
KUALA TERENGGANU - Sebanyak 12 jalan raya di Terengganu terjejas termasuk tujuh yang ditutup sepenuhnya akibat banjir yang melanda negeri itu, bermula jam 8 pagi Ahad.
Portal laman rasmi Pengurusan Bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) menyatakan tujuh jalan ditutup kepada semua jenis kenderaan, manakala lima lagi ditutup kepada kenderaan ringan.