Mertesacker tolak spekulasi sertai skuad Jerman

Iklan
Mertesacker (kiri) mempunyai banyak tugasan bersama Arsenal dan gembira berada di England. - Foto Agensi

BEKAS pemain pertahanan Jerman, Per Mertesacker memberi bayangan mungkin tidak mempertimbangkan untuk mengurus pasukan kebangsaan itu yang tersingkir awal daripada saingan Piala Dunia Qatar 2022.

Beliau memberitahu mempunyai banyak tugasan di Arsenal dan gembira untuk terus berada di England.

Iklan
Iklan

Mertesacker ialah pengurus akademi di Arsenal dan dianggap sebagai 'individu yang sempurna untuk tugas itu' ketika Jerman mencari pengarah pasukan kebangsaan yang baharu.

Pandangan itu diluahkan bintang Real Madrid, Toni Kroos yang juga bekas rakan sepasukan antarabangsa Mertesacker.

Iklan

Mertesacker memberitahu Sky Sport pada Sabtu tentang keseronokannya terhadap peranannya di England.

Pengarah pasukan kebangsaan kosong selepas Oliver Bierhoff melepaskan jawatan tersebut setelah Jerman tersingkir daripada peringkat kumpulan Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut.

Iklan

"Kami sangat komited dan cuba memperkenalkan bakat muda serta memberi mereka nilai tertentu. Ia sangat penting bagi saya," ujar Mertesacker.

Mengulas kemungkinan ada perbincangan dengan Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) mengenai perkara itu, Mertesacker enggan membuat sebarang spekulasi.

"Saya belum lagi bercakap apa-apa, jadi saya tidak mahu membuat spekulasi. Kami semua berminat dengan bola sepak Jerman dan mempunyai banyak tawaran pada masa hadapan," katanya.